...Pihak Kami Mengucapkan Terima Kasih Diatas Sumbangan Anda.....
UTAMA MUAT TURUN HUBUNGI
 

LAMAN UTAMA

PENGENALAN

KATA ALUAN

CARTA ORGANISASI

PENTADBIRAN YAK

 

BULETIN

INFORMASI YAK

AKTIVITI

 

DARUL AITAM

PROFIL MARKAZ

SENARAI PELAJAR

MAKLUMAT PELAJAR

 

GALERI YAK

PROJEK

 QURBAN

IFTAR

BERAS

 ZAKAT

DAKWAH & DA'I

 

PAUTAN

iluvislam.com

JAKIM

YADIM

 

LAWATI KAMI

Icon

Twitter Icon

   
   

 

Berfungsi untuk memberi perlindungan, bimbingan dan pendidikan kepada anak-anak yatim. Jabatan Anak Yatim juga bertanggungjawab dalam melahirkan generasi anak-anak yatim yang seimbang antara tuntutan rohani dan jasmani. Selain menjadikan anak-anak yatim sebagai generasi muslim yang bukan sahaja berilmu dan beramal serta mengimplikasikannya kepada masyarakat umum, Jabatan Anak Yatim juga berperanan dalam menjadikan mereka contoh serta harapan pada keluarga seterusnya agama, bangsa dan negara.

 

Selain daripada menubuhkan rumah anak-anak yatim, Yayasan juga ada  menyediakan elaun bagi anak-anak yatim, dimana anak yatim yang menerima elaun tersebut tinggal bersama ibu atau penjaganya sendiri dan Syarat-Syarat Pengambilan tersebut:

Syarat-syarat kelayakan
 
  1. Seorang anak yatim (kematian bapa) atau yatim piatu
  2. Berumur kurang dari 10 tahun
  3. Warganegara Malaysia
  4. Pendapatan ibu/penjaga kurang dari RM400
  5. Mempunyai tanggungan lebih dari 3 orang

Setiap permohonan mestilah disertakan sekali dengan

  1. 1 Salinan sijil kelahiran
  2. 1 Salinan surat kematian bapa
  3. 1 Salinan kad pengenalan penjaga
  4. 3 keping gambar passport anak yatim
  5. 1 Salinan buku akaun Agro Bank

Proses Kemasukan dan Penerimaan

  1. Isi borang kemasukan dan kemaskini maklumat.
  2. Tunggu untuk diluluskan
  3. Setelah kelulusan diterima,elaun akan diberikan mengikut tarikh diterima
  4. Pembayaran elaun dilakukan 3 bulan sekali ( empat kali setahun) melalui pemindahan wang ke dalam akaun anak yatim
  5. Anak yatim diwajibkan hadir ke Yayasan untuk ditemuduga oleh pihak Yayasan bagi mengetahui keadaan kesihatan dan prestasi pelajaran anak yatim
  6. Pihak Yayasan juga menitikberatkan prestasi pelajaran anak yatim dari semasa ke semasa
  7. Pihak Yayasan juga mengambil berat hal berkaitan sembahyang dan mengaji Al-Quran

 

    Senarai Terkini Anak Yatim   

    Borang Permohonan Anak Yatim

                

 

 

kembali

 

 

 

 

 

PENGUMUMAN

INFO SIHAT

 

 

 

 

 

 

 
 

Untuk Paparan Terbaik,Sila Gunakan Internet Explorer

Hak Cipta Yayasan Al-Khairiah