...Pihak Kami Mengucapkan Terima Kasih Diatas Sumbangan Anda.....
UTAMA MUAT TURUN HUBUNGI
 

LAMAN UTAMA

PENGENALAN

KATA ALUAN

CARTA ORGANISASI

PENTADBIRAN YAK

 

BULETIN

INFORMASI YAK

AKTIVITI

 

DARUL AITAM

PROFIL MARKAZ

SENARAI PELAJAR

MAKLUMAT PELAJAR

 

GALERI YAK

PROJEK

 QURBAN

IFTAR

BERAS

 ZAKAT

DAKWAH & DA'I

 

PAUTAN

iluvislam.com

JAKIM

YADIM

 

LAWATI KAMI

Icon

Twitter Icon

   
   

KATA ALUAN

 

Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, Yayasan diberi peluang menerajui Markaz Sharifah Abdul Aziz Al-Munayyis ini serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW , keluarga serta sahabat baginda yang menjadi sumber inspirasi Yayasan dalam menjaga dan mendidik anak-anak yatim ini. Tambahan pula, Kelantan memang dikenali sebagai sebuah negeri yang memberi keutamaan dari segi pendidikan agama.

Oleh kerana itu juga menguatkan azam Yayasan untuk menjadi Pertubuhan yang berjaya dalam hidup samada di dunia lebih-lebih lagi akhirat. Alhamdulillah berkat ketekunan dan kesungguhan serta izin Allah SWT, Yayasan berjaya membantu anak-anak yatim dalam pelajaran serta kerjaya yang mereka ceburi. Dengan sokongan dan pertolongan beberapa orang rakan, Yayasan menubuhkan Markaz ini dengan tujuan membela anak-anak yatim. Yayasan mahu anak-anak yatim ini dididik sepertimana ibubapa mendidik anak-anak mereka di rumah iaitu bukan saja memberi perlindungan (tempat tinggal) dan makan pakai sahaja tetapi didikan agama dan akhlak juga diutamakan. Di samping itu pelajaran akademik juga sangat dititikberatkan supaya mereka boleh berjaya dan berkerjaya kelak. Sebab itu, Yayasan sanggup cari kewangan untuk mereka mendapat pelajaran yang lebih baik dengan mengupah guru-guru tuisyen bagi mengajar mereka. Begitu juga Yayasan tidak malu meminta sumbangan orang ramai bagi melengkapkan kemudahan-kemudahan di Asrama ini bagi keselesaan anak-anak kami ini.

Alhamdulillah sekarang ini masyarakat kita telahpun sedar dengan perlunya kemudahan yang selesa untuk anak-anak yatim samada bilik asrama, dewan makan, bilik rehat, bilik prep dan sebagainya untuk suasana mereka belajar dan membesar dengan baik dan sempurna. Yayasan juga sangat teliti tentang kebersihan kawasan dan juga kekemasan anak-anak itu sendiri. Oleh itu, anak-anak kami diterapkan dengan disiplin diri dan juga cara berinteraksi dengan orang ramai. Harapan Yayasan supaya anak-anak yatim kami bukan sahaja boleh berdikari tetapi juga berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.




 

 

kembali

 

 

 

 

 

PENGUMUMAN

INFO SIHAT

 

 

 

 

 

 

 
 

Untuk Paparan Terbaik,Sila Gunakan Internet Explorer

Hak Cipta Yayasan Al-Khairiah