| |
|
| 1. |
Menghidupkan BUMI mati; konsep ini
bermaksud semua tanah-tanah terbiar yang
tidak diguna atau dibiarkan oleh
tuan-tuan tanah hendaklah dihidupkan dan
digunakan bagi mengadakan pertanian atau
apa jua kegunaan dengan tujuan memberi
faedah kepada tuan-tuan tanah dan rakyat
setempat. |
| |
|
| 2. |
Menghidupkan MODAL mati; ianya
bermaksud wang atau harta benda yang
diletak dalam bank atau disimpan tanpa
apa-apa faedah boleh dibuat modal untuk
diperniagakan dalam bidang-bidang yang
boleh memberi pulangan dan juga kebaikan
kepada para peniaga asalkan wang dan
harta benda itu tidak rugi atau kurang
nilainya. |
| |
|
| 3. |
Menghidupkan ILMU mati; maksudnya
para kakitangan kerajaan atau
seumpamanya yang telah pencen yang
berulangalik ke masjid atau berehat di
rumah sewajibnya diberi tugas dan
tanggungjawab yang sepadan kerana
ilmu-ilmu mereka ini amatlah berharga
dan tidak harus bagi mereka tidak
menyumbang ilmu-ilmu mereka dalam bidang
masing-masing kerana mereka ini diibarat
sebagai buah yang amat ranum yang tunggu
untuk ditabur pengalaman dan ilmu yang
matang kepada orang-orang muda yang
tidak dan kurang berpengalaman. |
| |
|
| 4. |
Menghidupkan MANUSIA mati; iaitu
para penganggur sama ada lepasan
pengajian tinggi atau yang sudah
berhenti belajar atau yang tiada
pekerjaan. Mereka ini diibaratkan
sebagai tenaga yang terbengkalai yang
memerlukan kepada bimbingan para
pengusaha atau peniaga dalam memberi
ajaran dan latihan untuk mereka belajar
dan menggunak tenaga dalam mengharungi
hidup yang berjaya. |
| |
|