| Merebut Kelebihan Bulan Muharram . | |
|
Allah SWT berfirman (maksudnya)"Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi.Di antaranya ada 4 bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus,maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang 4 itu" (Surah at-Taubah,9:36) |
|
| Hikmah Bulan Haram. | |
|
Diantara hikmah di jadikan 4 bulan haram dimana 3 bulan secara berturut-turut dan 1 bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat islam yang melaksanakan ibadat haji.Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji.Seterusnya bulan Zulhijjah dimana umat islam disibukkan dengan ibadat haji dan melaksanakan manasiknya.Kemudian dijadikan bulan seterusnya ialah bulan haram,iaitu bulan Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut uma islam disekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. |
|
| Kelebihan Berpuasa Hari 'Asyura (10 Muharam). | |
|
Dari Abi Qatadah r.a.,seorang lelaki bertanya kepada Nabi S.A.W mengenai puasa hari 'Asyura. Baginda S.A.W menjawab(maksudnya):"Sesungguhnya aku mengharapkan Allah akan menghapuskan dosa satu tahun sebelumya". | |
|
| Zaman Kegemilangan Islam. |
|
Teknologi dan perindustrian tamadun Islam amat maju sekali. Teknik penyulingan telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan kimia sepuh seramik yang dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan mutu teknologi besi daripada India dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, tekstil, dan seramik. | |